Wednesday, March 10, 2010

Bayaran wad hospital dimansuhkan


Bermula 1 April 2010 ini, Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai.

Sebagai Kesimpulannya adalah:
1) Kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik
seorang

2) Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua)

3) Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga)
4) Gred 1-20 (Kelas 2)

5) Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan
yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan

6) Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan
gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

7) Sekiranya Pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk
dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan,
pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang
dikenakan ke atas orang awam.

8) Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad
yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan

Terima Kasih Wahai Kerajaan...Bayaran Wad Pegawai, Pesara Kerajaan Dimansuhkan




Selamat Pagi. Salam 1 Malaysia..

Malam tadi tgh spek-patah makang dinner dgn tunang spek-patah terberhenti seketika , bila Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam mengumumkan mulai 1 April 2010, Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.



Hospital di Kelantan... Hospital di Sungai Buloh


Bila spek-patah dengar berita tu, rasa menambah2 pulak lauk pauk yang ada depan mata tu. Seronoknya kaum kerabat spek patah yang bekerja gomen lebih-lebih lagik pesara kerajaan. Bagi mereka, 2-3 ringgit kalau dah namanya pesara berapa banyak jimat wooo...Lepas ni toksah nak dok kecoh, dapat bonus ke gaji naik sikit ke.... pastu nak banding dengan org kojer private yg dpt bonus berbulan2...Company Private mmglah bonus sampai 5 bulan, tapi bila depa sakit, kena kuar duit sendiri ataupun kwsp.. huhu... bak kata Nabil..lu pikirlah sendiri!!!




Inilah yg dikatakan Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan.. Tu pun masih ada sesetengah org tak reti bersyukur.......


Untuk Yang Masih Tidak Bersyukur ittew.. Meh dengar lagu ni... hehehe






Tuesday, March 9, 2010

Terima Kasih sahabat n cikgu...Reunion Kali ke 2 Kelas 6s tahun 1993

Salam.
Aku mewakili AJK dan semua-semua krew yg telah menjadikan acara Hari Keluarga di PD sebagai suatu realiti, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada setiap ahli keluarga 6s yang telah hadir, hadir walaupun sekejap, nak hadir tapi ada yang menghalang - dan , ada terlintas niat nak hadir tapi ditakdirkan tak sampai jugak. Kami paham - semua sibuk kan - ada keluarga, kerjaya dan komitmen masing2..

Syabas dan tahniah di ucapakan kepada cik saprina (pengerusi paling best), teteye (naib pengerusi yg best giler), maisarah selaku chef kita (sedap ko n mak ko masak beb), azam (tq you…), sahar (sampai beli MC nak joint reunion) ,hamzah (kita tak sempat nak borak2 kan), ustazah roslah dan suami (pembakar bbq professional, wah g2)… ,cikgu nazari (sakit2 pun datang gak dengan driver cikgu tuh), dan cikgu radzi (terdatang awal sehari kerana salah date), hazim, ana dan anak, (anak baru 3 bln dah bawak bermalam kat AMBONG tuh), utk agus dan amiza n family (yg sporting gila), zaimi dan isteri (kim salam kat su ya zaimi) walaupun ko nyorokkan su kat keta… heheheh

TQ jugak pada shirin n bf yg dtg jenguk sekejap--- sebagai tanda kita serius dalam terus merapatkan silaturrahim sesama kita . Lagipun program ini cuma sekali dalam 2 tahun - bukan setiap minggu atau setiap bulan. kalau nak tunggu masa majlis kawen/cukur jambul/hari rayer/birthday anak baru berjumpa setiap rumah keluarga besar kita, kak Diana sendiri pun tak larat - jadi - inilah peluang utk kita berjumpa dan bersalaman dgn semua - one-stop-centre concept

Macamana pun, sesungguhnya tanpa bantuan, idea dan kerjasama dari SEMUA 6s utk menjayakan Hari Keluarga ni nanti - takkan jadi kalau buat sorang2, berduet ataupun acara trio.heheheh.
Sekretariat ingin memohon berbanyak ampun dan maaf sekiranya expecations kengkawan semua melebihi apa yang sekretariat mampu berikan sepanjang program kita di PD yg lepas. Sesungguhnya itu sahajalah yg kita mampu lakukan dengan bajet terhad kali ini. Yang paling penting kita dapat berjumpa dan merapatkan tali silaturrahim lagi di antara kita yang telah sedia jauh tempat tinggal.

Aku jugak ingin mengundang dan menjemput semua-semua 6s untuk datang lagi ke PD bila2 masa khususnya pada agus dan azim yg mungkin nak bermalam di AMBONG 1.

Alhamdulillah tidak ada sebarang kejadian yang tidak elok yang berlaku sepanjang dua hari kita di sini; more reason utk kita semua bersyukur kpd Allah swt kerana telah memberkati majlis perjumpaaan keluarga besar kita ni.

Aku difahamkan ada diantara kita bersaudara Aku, zaki, ipong, yati buang, fairin, maisara (group b) dan azam, hafizul dan ijal. (group m) Ini juga sebagai usaha kita generasi baru ini meneruskan apa jua tradisi arwah org tua kita yg baik-baik belaka, mengikat erat tali persaudaraan sesama ahli keluarga – N aku rasa terharu sgt pada yg tiada ikatan persaudaraan mahupun bau2 kentut telah bersatu menjadi keluarga besar walaupun dipisahkan dengan jarak tempat tinggal/tempat kerja walaupun majoritinya di kawasan lembah kelang.

Akhir sekali ucapan, JAZZAKALLU KHAIRAN KATSIRAN-

Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan kengkawan semua dengan ganjaran yang lebih baik. Amin.

Lagu ni tiada kena mengena dgn spek-patah okeh!




herm... rasa melayang2 je dengar lagu ni....



Lagu ni pun spek-patah suka!!!

Monday, March 8, 2010

Myvi Vogue


Secara Tidak rasminya spek-patah dengan rasa gundah-gulana telah dilantik menjadi Organizer untuk kelab Myvi SMPJI 98. Untuk itu, spek-patah dengan rasa masam masin nyer dengan menggunakan kuasa veto akan mengadakan konvoi Myvi Vogue pada Hari Pekerja 2010 nanti. Persoalannya, kenapa mesti masa 1 mei 2010? sebabnya hari tu kompom semua org bercuti. Nak ot tak leh, nak dating pun tak leh... Hahahaha. Kejam sungguh spek-patah...


Oh ya.. (cewah..pura2 terperanjat...) kelab myvi ni spek-patah gelar Myvi Vogue sebab Myvi Vogue diwakili oleh Kaum Wanita SMPJI yang vogue2 belaka. hahahaha (undi lagi spek-patah utk Majlis Pemilihan akan dtg...).............


Untuk destinasi pertama ni mungkin spek-patah akan adakan pertemuan di HUlU YAM.. ok tak kowang.. setuju atau tak, korang bagilah pendapat okeh...


kepala makin pusing!


Salam.

Rasa macam sedikit terlewat plak aku ni. Org lain dah membina empayar blog nyer berkurun lama. spek-patah masih terkial-kial bertatih. bak kata azwan ali, ada aku kesah?.. blog aku, suka hati aku lah kan.....

Posting yang pertama ni spek-patah nak cerita pasal tema blog spek_patah. Mesti kengkorang terpikir, napa warna marroon?.. bagi spek-patah :merah tanda berani............ hehehe.. Sebenarnya spek-patah sedang memberi gambaran awal yang Majlis Yang berlangsung utk bulan June 2010 warna bertemakan Marroon. Jadik kepada sesiapa yang bakal menerima Kad Jemputan spek-patah sudi2kanlah bersama2 memerahkan Dewan itu nanti... Ops.. kalau sesiapa yg Terpakai Baju warna lain, spek-patah takder masalah, kehadiran u all pun dah cukup spek-patah rasa bersyukur sesangat.........