Wednesday, March 10, 2010

Bayaran wad hospital dimansuhkan


Bermula 1 April 2010 ini, Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai.

Sebagai Kesimpulannya adalah:
1) Kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik
seorang

2) Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua)

3) Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga)
4) Gred 1-20 (Kelas 2)

5) Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan
yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan

6) Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan
gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

7) Sekiranya Pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk
dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan,
pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang
dikenakan ke atas orang awam.

8) Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad
yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini....