Tuesday, March 9, 2010

Terima Kasih sahabat n cikgu...Reunion Kali ke 2 Kelas 6s tahun 1993

Salam.
Aku mewakili AJK dan semua-semua krew yg telah menjadikan acara Hari Keluarga di PD sebagai suatu realiti, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada setiap ahli keluarga 6s yang telah hadir, hadir walaupun sekejap, nak hadir tapi ada yang menghalang - dan , ada terlintas niat nak hadir tapi ditakdirkan tak sampai jugak. Kami paham - semua sibuk kan - ada keluarga, kerjaya dan komitmen masing2..

Syabas dan tahniah di ucapakan kepada cik saprina (pengerusi paling best), teteye (naib pengerusi yg best giler), maisarah selaku chef kita (sedap ko n mak ko masak beb), azam (tq you…), sahar (sampai beli MC nak joint reunion) ,hamzah (kita tak sempat nak borak2 kan), ustazah roslah dan suami (pembakar bbq professional, wah g2)… ,cikgu nazari (sakit2 pun datang gak dengan driver cikgu tuh), dan cikgu radzi (terdatang awal sehari kerana salah date), hazim, ana dan anak, (anak baru 3 bln dah bawak bermalam kat AMBONG tuh), utk agus dan amiza n family (yg sporting gila), zaimi dan isteri (kim salam kat su ya zaimi) walaupun ko nyorokkan su kat keta… heheheh

TQ jugak pada shirin n bf yg dtg jenguk sekejap--- sebagai tanda kita serius dalam terus merapatkan silaturrahim sesama kita . Lagipun program ini cuma sekali dalam 2 tahun - bukan setiap minggu atau setiap bulan. kalau nak tunggu masa majlis kawen/cukur jambul/hari rayer/birthday anak baru berjumpa setiap rumah keluarga besar kita, kak Diana sendiri pun tak larat - jadi - inilah peluang utk kita berjumpa dan bersalaman dgn semua - one-stop-centre concept

Macamana pun, sesungguhnya tanpa bantuan, idea dan kerjasama dari SEMUA 6s utk menjayakan Hari Keluarga ni nanti - takkan jadi kalau buat sorang2, berduet ataupun acara trio.heheheh.
Sekretariat ingin memohon berbanyak ampun dan maaf sekiranya expecations kengkawan semua melebihi apa yang sekretariat mampu berikan sepanjang program kita di PD yg lepas. Sesungguhnya itu sahajalah yg kita mampu lakukan dengan bajet terhad kali ini. Yang paling penting kita dapat berjumpa dan merapatkan tali silaturrahim lagi di antara kita yang telah sedia jauh tempat tinggal.

Aku jugak ingin mengundang dan menjemput semua-semua 6s untuk datang lagi ke PD bila2 masa khususnya pada agus dan azim yg mungkin nak bermalam di AMBONG 1.

Alhamdulillah tidak ada sebarang kejadian yang tidak elok yang berlaku sepanjang dua hari kita di sini; more reason utk kita semua bersyukur kpd Allah swt kerana telah memberkati majlis perjumpaaan keluarga besar kita ni.

Aku difahamkan ada diantara kita bersaudara Aku, zaki, ipong, yati buang, fairin, maisara (group b) dan azam, hafizul dan ijal. (group m) Ini juga sebagai usaha kita generasi baru ini meneruskan apa jua tradisi arwah org tua kita yg baik-baik belaka, mengikat erat tali persaudaraan sesama ahli keluarga – N aku rasa terharu sgt pada yg tiada ikatan persaudaraan mahupun bau2 kentut telah bersatu menjadi keluarga besar walaupun dipisahkan dengan jarak tempat tinggal/tempat kerja walaupun majoritinya di kawasan lembah kelang.

Akhir sekali ucapan, JAZZAKALLU KHAIRAN KATSIRAN-

Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan kengkawan semua dengan ganjaran yang lebih baik. Amin.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini....